Penduduk, saudara-mara mula penuhi rumah keluarga Allahyarham Adib - Utusan Malaysia

Penduduk, saudara-mara mula penuhi rumah keluarga Allahyarham Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Penduduk kampung dan saudara-mara mula memenuhi pekarangan rumah ahli keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, di Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah di sini sejak pukul 7 pagi tadi.

Mereka dilihat melakukan persiapan untuk menyambut ketibaan jenazah Muhammad Adib yang dibawa pulang dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke kampung halaman menggunakan helikopter.

Helikopter tersebut dijadualkan mendarat di padang Sekolah Kebangsaan Tebengau kira-kira pukul 10 pagi ini.Selain itu, anggota bomba dilihat membuat persiapan di pekarangan Masjid As-Saadah yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah keluarga arwah.

Muhammad adib yang parah setelah dipukul sekumpulan perusuh dalam satu kejadian di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya, Selangor pada 27 November lalu meninggal dunia pada pukul 9.41 malam tadi. – K! ONLINE

adib
Anggota bomba melakukan persediaan bagi menyambut ketibaan jenazah Muhammad Adib di Masjid As-Saadah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.
adib
Orang ramai menunggu ketibaan jenazah Muhammad Adib di Sekolah Kebangsaan Tebengau untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebengau, Kuala Kedah di sini hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×