Kerajaan sekat eksport ikan dan udang - Utusan Malaysia

Kerajaan sekat eksport ikan dan udang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyekat eksport empat spesies ikan dan dan udang tangkapan dalam usaha menampung kekurangan bekalan di pasaran semasa musim tengkujuh dan perayaan.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, Sekatan Eksport Spesies Ikan Terpilih mulai 1 Januari hingga 28 Februari 2019 melibatkan ikan segar dan sejuk beku spesies kembung, selar, pelaling, bawal selain udang tangkapan.

Katanya, tiga persatuan yang berperanan mengimbangi keperluan semasa fenomena bersifat sementara ini adalah Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Persatuan Nelayan Negeri Kedah (NEKAD) dan Persatuan Nelayan Kawasan Besut (PNK BESUT).

“Ketiga-ketiga persatuan berkenaan turut diberi tanggungjawab untuk menjadi pusat simpanan ikan sejuk beku dan mengerakkan bekalan bahan mentah itu ke seluruh negara.

“Setakat ini, jumlah stok simpanan ikan sejuk beku adalah sebanyak 400 tan metrik di ketiga-tiga pusat simpanan berkenaan,”  katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×