Tiga daerah di Terengganu dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

Tiga daerah di Terengganu dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 17 Dis. – Hujan lebat dan berterusan sejak pukul 3 pagi ini menyebabkan beberapa kawasan di tiga daerah di negeri ini dilanda banjir kilat.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri dalam satu kenyataan berkata, bagi Kuala Terengganu kawasan terbabit ialah di Jalan Sultan Omar, Jalan Kamarudin, hadapan Sekolah Kuala Ibai, Taman Sri Intan dan Jalan Tekukur.

Katanya, di Marang pula ialah Kampung Kijing, Kampung Rhu Muda, Kampung Gong Merawang, Kampung Seberang Marang, Kampung Serating, Kampung Pulau Rusa dan Kampung Alur Wan Syed.

“Hujan yang direkodkan di stesen-stesen sekitar daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang menunjukan keamatan hujan yang sangat lebat melebihi 100 milimeter (mm) dalam tempoh tiga jam. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×