HAI DUONG, Vietnam – Sekumpulan doktor berjaya mengeluarkan semut yang ditemui di dalam lubang telinga seorang pesakit lelaki di sini baru-baru ini.
Pesakit yang tidak didedahkan identitinya itu berkunjung ke sebuah hospital di sini pada Selasa lalu untuk meminta bantuan selepas berasa ada serangga bergerak-gerak dan mengigit lubang telinganya.
Seorang pegawai perubatan, Dr. Hoat mengesan seekor semut hitam yang didapati sedang merayap untuk ‘mencari makanan’ dalam telinga pesakit yang ‘dipercayai sebuah gua’.
Satu rakaman video menunjukkan doktor menggunakan lampu suluh dan penyepit kecil untuk menarik keluar semut hitam itu. Pesakit itu disahkan selamat dan dipercayai dibenarkan pulang selepas diberikan rawatan. – Agensi










