Presiden Sri Lanka lantik semula PM - Utusan Malaysia

Presiden Sri Lanka lantik semula PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO 16 Dis. – Kemelut Perdana Menteri Sri Lanka selesai apabila Presiden, Maithripala Sirisena, hari ini melantik Ranil Wickremesinghe yang dipecatnya daripada jawatan tersebut dua bulan lalu.

Wickremesinghe, 69, yang dipecat pada Oktober itu sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dalam acara tertutup di pejabat Presiden, di sini.

Beliau, ketika dipecat enggan melepaskan jawatan tersebut walaupun digantikan bekas Presiden, Mahinda Rajapakse yang mengundur diri selepas dua bulan menjadi Perdana Menteri.

Wickremesinghe yang mene­rima sokongan Parlimen menegaskan pemecatan beliau sebagai satu keputusan tidak sah di sisi undang-undang.

Sirisena pada awalnya enggan tunduk pada desakan agar beliau melantik semula Wickremesinghe untuk memegang jawatan itu.

Namun, ketegangan antara dua pemimpin itu akhirnya terlerai selepas pelantikan semula diumumkan pihak penggubal undang-undang Wickremesinghe.

Ahli perundangan Harsha de Silva yang menghadiri upacara itu menyiarkan foto majlis menerusi Twitter.

Sementara itu, jurucakap kepada Wickremesinghe dalam kenyataan memaklumkan Kabinet baharu kerajaan akan dibentuk dalam beberapa hari dengan memberi keutamaan kepada bajet 2019 Sri Lanka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×