Milan tersingkir daripada kempen Liga Europa - Utusan Malaysia

Milan tersingkir daripada kempen Liga Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PIRAEUS, Greece – Jurulatih AC Milan, Gennaro Gattuso mengakui skuad kendaliannya berhak tersingkir daripada saingan Liga Europa selepas tewas 1-3 kepada Olympiacos di Stadium Karaiskakis, awal pagi semalam.

Milan hanya memerlukan keputusan seri untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya, namun pasukan dari Itali itu mensia-siakan peluang tersebut apabila membenarkan gawang dibolosi tiga kali.

Gattuso menegaskan, ketumpulan jentera serangan nyata menjadi punca utama kekalahan itu, selain menyifatkan Milan menghadiahkan kemenangan tersebut kepada pasukan tuan rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami seolah-olah menghadiahkan kemenangan itu kepada mereka. Saya akui sangat marah dengan kekalahan ini kerana ia menyebabkan kami tersingkir daripada saingan.

“Sepatutnya, slot ke pusingan kedua menjadi milik kami tetapi aksi hambar yang ditampilkan Milan membuatkan kami layak untuk tersingkir. Kami mencipta lapan peluang, namun hanya satu gol yang dija­ringkan,” kata Gattuso.

Walaupun tuan rumah diha­diahkan sepakan penalti yang dianggap kontroversi pada peng­hujung permainan, namun Gattuso enggan menjadikan insiden tersebut sebagai punca kekalahan.

“Memang benar ada keputusan pe­ngadil yang boleh dipersoalkan tetapi jika anda sendiri yang mensia-siakan peluang terhidang, ia adalah kesilapan sendiri. Kami perlu bangkit daripada kekecewaan ini,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini