Orang ramai bantah cukai pelancong Kuala Perlis ke Langkawi - Utusan Malaysia

Orang ramai bantah cukai pelancong Kuala Perlis ke Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 14 Dis. – Cadangan kerajaan ne­­geri untuk memper­kenalkan cukai ke atas para pelancong yang menggunakan Kuala Per­­lis untuk ke pu­lau peranginan Lang­kawi, Ke­dah, se­malam, dibantah orang ramai kerana akan membe­bankan golongan itu.

Menurut mereka, langkah itu bu­kanlah sesuatu yang bijak kerana tu­rut akan menjejaskan kedata­ngan pelancong ke negeri berkenaan sekali gus mengurangkan pendapa­tan kerajaan negeri dan penduduk setempat.

Anggota tentera, Mohd. Najmi Ahmad, 35, ketika ditemui berkata, sekiranya langkah mengenakan cukai itu diperkenalkan, maka jumlah pe­lancong ke negeri ini sudah tentu akan berkurangan.

MOHD. NAIMI AHMAD
MOHD. NAIMI AHMAD 

“Ini akan me­ngurangkan keisti­mewaan Kuala Per­lis itu sendiri. Oleh itu, orang ramai mungkin akan menggunakan jeti Ku­ala Kedah untuk ke Langkawi kera­na cukai seperti ini tidak dikenakan ke­pada pelancong,” katanya yang berasal dari Baling, Kedah.

Semalam, dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, kerajaan negeri sedang meneliti untuk memperkenalkan cukai ke atas para pelancong yang menggunakan Kuala Perlis untuk ke Langkawi sebagai sumber pendapatan baharu.

Seorang suri rumah, Shakira Ahmad, 48, pula berkata, langkah mengenakan cukai kepada para pelancong disifatkan sebagai membebankan apatah lagi bagi mereka yang mempunyai bila­ngan ahli keluarga yang ramai.

“Sudahlah harga tiket feri, nanti ka­mi terpaksa mengeluarkan tambahan hampir RM10 lagi untuk bercuti,” katanya.

Penduduk tempatan, Siti Sofiah Yahya, 39, pu­la ber­kata, dia ber­se­tuju untuk di­ke­nakan cukai pe­lancong sekiranya ke­rajaan dapat me­ngawal kenaikan pelbagai harga per­khidmatan di pu­lau bebas cukai berkenaan semasa mu­sim cuti sekolah.

“Bayangkan dengan kenaikan harga semua kereta sewa (di Langkawi) dan hotel ketika ini, orang ramai akan dikenakan cu­kai (pelancong) la­gi, tentulah ini akan membeban­kan,” katanya.

Dalam pada itu, pekerja swasta, Amirul Ashraf Amir Roslan, 22, yang berasal dari Kuala Lumpur mencadangkan agar kerajaan ne­geri meningkatkan kutipan cukai daripada sumber lain seperti pengusaha feri dan kawasan meletak kenderaan.

“Ini kerana golongan ini meraih pendapatan yang tinggi menjelang musim cuti sekolah berbanding pelancong tempatan yang sudah terbeban dengan kos untuk pergi melancong,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×