Pemandu teksi limosin mahu kerajaan kaji semula e-hailing - Utusan Malaysia

Pemandu teksi limosin mahu kerajaan kaji semula e-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN 14 Dis. – Sekumpulan pemandu teksi limosin Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, hari ini mengadakan bantahan secara aman mendesak kerajaan mengkaji semula pelaksanaan per­khidmatan e-hailing yang di­dakwa menjejaskan punca pendapatan mereka.

Wakil kumpulan pemandu teksi itu, N. Gopal, 72, mendakwa pemandu Grab dilihat masih mengambil penumpang di LTAPP dan tindakan itu melanggar peraturan yang telah ditetapkan iaitu hanya pemandu teksi berlesen dibenarkan mengambil penum­pang di lapangan terbang.

“Pemandu teksi LTAPP ada lebih kurang 300 orang, namun apa yang kita lihat sekarang, ba­nyak kehadiran pemandu di bawah syarikat e-hailing me­ngambil penumpang di lapangan ter­bang tanpa menghiraukan pe­nguatkuasaan yang ditetapkan.

“Sepatutnya mereka hanya boleh hantar (penumpang) sahaja, bukan ambil (di LTAPP). Malah ada dalam kalangan mereka tidak mempunyai lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV), namun masih mengambil penumpang di LTAPP. Situasi ini tidak adil bagi kami,” katanya kepada pemberita ketika ditemui.

Gopal yang memandu teksi limosin selama 40 tahun berkata, selepas pelaksanaan e-hailing pada Julai lalu, punca pendapatannya semakin merosot kerana kekura­ngan penumpang berikutan terpaksa bersaing dengan pemandu perkhidmatan e-hailing. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×