Anak tinggal serumah bersama mayat ibu demi wang - Utusan Malaysia

Anak tinggal serumah bersama mayat ibu demi wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Perbuatan seorang lelaki warga Sepanyol sanggup tinggal bersama mayat ibunya sejak setahun lalu untuk menikmati wang pencen mendiang terbongkar baru-baru ini.

Lelaki berumur 62 tahun itu ditahan selepas polis menerima aduan bau busuk daripada beberapa orang jiran di pangsapuri berkenaan. Mendiang dipercayai mati pada usia 92 tahun akibat sakit tua.

Polis dan anggota bomba terpaksa memecah pintu masuk pangsapuri itu untuk menjalankan pemeriksaan yang membawa kepada penemuan satu mayat reput di dalam sebuah keranda buatan khas.

Suspek ditahan kerana melakukan kesalahan gagal melaporkan kematian ibunya dan terus mengaut wang pencen mendiang, kata seorang jurucakap polis.

Beberapa jiran mendakwa mendiang tidak lagi kelihatan di kawasan pangsapuri berkenaan hampir setahun lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×