AFF akan siasat isu penonton lebih kapasiti - Utusan Malaysia

AFF akan siasat isu penonton lebih kapasiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI – Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung jumlah keseluruhan penyokong yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada malam perlawanan akhir pertama antara Malaysia dengan Vietnam, pada 11 Disember lepas, yang dikatakan melebihi kapasiti stadium berkenaan.

Setiausaha Agung AFF, Datuk Seri Azzuddin Ahmad berkata, selepas berakhirnya perlawanan final kedua esok di Hanoi, serta kembalinya beliau ke Kuala Lumpur, satu penyiasatan secara menyeluruh akan dilakukan.

“AFF akan berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mendapat maklumat terperinci bagaimana jumlah penonton yang hadir menyaksikan perlawanan di SNBJ yang dilihat melebihi daripada kapasiti yang sepatutnya.

Buat masa ini pihak AFF ingin mencari punca apa yang sebenarnya yang berlaku dahulu sebelum membuat komen yang selanjutnya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui sebelum mesyuarat pengurus pasukan di Ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) di sini hari ini.

Menurut laman sesawang rasmi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), SNBJ boleh menampung seramai  85,000 penonton dalam satu masa manakala pada malam perlawanan akhir berkenaan, jumlah rasmi penonton yang diumumkan di stadium ialah 88,482 penonton. Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×