Ahli Parlimen Jempol nafi keluar UMNO - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Jempol nafi keluar UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 14 Dis. – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd. Salim Mohd. Sharif menafikan beliau akan keluar UMNO seperti senarai yang tersebar dalam media sosial.

Ketua UMNO Bahagian Jempol itu berkata, sebaran menerusi aplikasi WhatsApp itu yang tular awal hari ini adalah tidak benar.

“Ia hanya spekulasi dan bukan saya yang keluar UMNO (seperti dalam WhatsApp itu),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, beliau menerima banyak pertanyaan secara bertalu-talu mengenai kesahihan senarai berkenaan.

“Dah tak ada cerita lain ke yang hendak ditularkan,” tanya beliau.

Beliau memberitahu, sahabatnya, Datuk Jalaluddin Alias yang juga Ahli Parlimen UMNO Jelebu juga tidak berhasrat untuk keluar parti.

“Kami sama, tidak keluar (UMNO),” katanya.

Dalam senarai yang tular melalui WhatsApp hari ini, terdapat lima Ahli Parlimen UMNO yang didakwa akan keluar parti.

Selain Mohd. Salim dan Jalaluddin, Ahli Parlimen lain ialah ialah Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu) dan Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×