Tun Mahathir terima Ijazah Kedoktoran Kehormat - Utusan Malaysia

Tun Mahathir terima Ijazah Kedoktoran Kehormat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dianugerahi Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam Seni bagi Bidang Kepimpinan Sosial, Keusahawanan dan Politik daripada  Rangsit University, Thailand semasa lawatan beliau selama dua hari ke negara itu mulai esok.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataannya hari ini berkata, ijazah itu akan disampaikan oleh Presiden Rangsit University, Dr. Arthit Ourairat pada Ahad (16 Disember).

“Penganugerahan ijazah itu oleh Rangsit University adalah sebagai pengiktirafan kepimpinan Perdana Menteri terutama dalam menjaga kepentingan Malaysia dan negara sedang membangun yang lain yang memberi kesan signifikan kepada masyarakat secara meluas,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra berkata, Perdana Menteri juga akan menyampaikan ucaptama kepada siswa-siswi universiti itu semasa majlis penganugerahan itu.

Majlis penganugerahan itu akan didahului dengan Jamuan Gala bagi meraikan lawatan kerja Perdana Mentgeri yang dihos oleh Presiden universiti itu esok. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×