Ayam tidak disembelih dengan betul - Utusan Malaysia

Ayam tidak disembelih dengan betul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco) sedia maklum berkenaan sebuah video yang tular di Facebook hari ini berkaitan seorang pelanggan yang mempersoal cara penyembelihan ayam di pasar raya berkenaan.

Melalui rakaman tersebut, sepasang suami isteri mengembalikan semula ayam yang dibeli mereka di pasar raya terbabit kerana kebanyakannya sudah terputus kepala.

Pasangan terbabit menyatakan ingin melaporkan kejadian berkenaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Video berdurasi 2 minit 53 saat itu memaparkan seorang pekerja Pasaraya Tesco sedang melakukan pemeriksaan terhadap ayam yang dibeli pasangan itu.

Tesco ketika dihubungi berkata, kajian serta tindakan lanjut akan dilakukan bagi memastikan kesahihan video terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×