Rusuhan kuil: Pihak terlibat yakin dapat capai penyelesaian - Utusan Malaysia

Rusuhan kuil: Pihak terlibat yakin dapat capai penyelesaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tommy Thomas berkata semua pihak yang terlibat dalam kekecohan melibatkan Kuil Sri Maha Mariamman di Selangor boleh mencapai penyelesaian yang baik.

Beliau berkata, para peguam berkenaan telah mengadakan pertemuan yang bermanafaat dan produktif di pejabatnya awal minggu ini dan mereka yakin satu persetujuan dapat dicapai bagi suatu penyelesaian yang adil dan saksama berkaitan masalah yang berlarutan akibat kepentingan yang pelbagai serta saling bersaing dalam kalangan pihak-pihak ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Thomas berkata: “Penyelesaian menyeluruh yang dicadangkan, yang saya sokong, membabitkan langkah-langkah berikut:

1.Tertakluk kepada terma yang akan dipersetujui, One City Development Sdn. Bhd. akan memindah hak milik satu plot tanah seluas satu ekar yang terletaknya kuil kepada satu amanah yang akan ditadbir oleh Mahkamah Tinggi.

2.Peguam Negara, dalam menjalankan kuasanya sebagai penjaga kepentingan awam berkaitan amanah khairat, akan memohon kepada Mahkamah Tinggi, menurut Seksyen 9 Akta Prosiding Kerajaan 1956 untuk perintah membentuk amanah dan melantik pemegang-pemegang amanah bagi menguruskan amanah dan kuil,” katanya.

3. Mahkamah Tinggi akan diminta untuk melantik seorang penerima, yang merupakan seseorang yang mempunyai reputasi yang baik, ternama dan berintegriti, yang boleh diterima oleh semua pihak bertelagah, sebagai seorang pegawai mahkamah untuk mengawal dan menjaga ke atas pemegang-pemegang amanah kuil serta tertakluk kepada pantauan mahkamah.

4.Pada masa yang sesuai,  Mahkamah Tinggi akan diminta untuk memindahkan keempunyaan tanah yang diatasnya letaknya kuil itu kepada pemenag-pemegang amanah.

5.Bagi memastikan keadilan dan keberkecualian antara pelbagai kumpulan berhubung kuil, Peguam Negara berharap dapat direpresentasi dalam semua permohonan di Mahkamah Tinggi. 

“Atas semangat persetujuan bersama dan pendekatan bertolak ansur oleh semua pihak yang terlibat, resolusi secara persahabatan terhadap semua perkara pertikaian akan dapat dicapai pada masa-masa yang akan datang,” kata Thomas. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×