Unit Censof lancar penyelesaian GRP 9.0 - Utusan Malaysia

Unit Censof lancar penyelesaian GRP 9.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh Censof Holdings Bhd., Century Software (M) Sdn. Bhd. melancarkan penyelesaian Rancangan Sumber Kerajaan (GRP) yang dikenali sebagai GRP 9.0.

Ketua Pegawai Eksekutif Century Software, Zainul Ariffin Harun berkata, GRP 9.0 akan membolehkan agensi kerajaan mengubah dan mencapai penyampaian perkhidmatan, penyertaan dan tadbir urus yang berkesan.

“Ia merupakan penyelesaian rancangan sumber komprehensif berasaskan web yang menyokong pengurusan kewangan, sumber manusia, aset dan e-perolehan yang disatukan dalam satu produk sekali gus membolehkan elemen operasi berkaitan untuk bekerjasama secara paling efektif,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Century Software merupakan penyedia utama penyelesaian pengurusan kewangan yang dibangunkan berpandukan Sistem Perakaunan Standard bagi agensi kerajaan dengan piawaian yang dipatuhi.

Dengan pengalaman melebihi 20 tahun dalam menyampaikan penyelesaian yang memfokuskan pelanggan, beliau berkata, Century Software mempunyai pengalaman membantu agensi kerajaan memanfaatkan teknologi awan inovatif, meningkatkan pengalaman pelanggan, meningkatkan produktiviti dan mencapai ketelusan, akauntabiliti dan kecekapan dalam kalangan agensi kerajaan.

“GRP 9.0 direka untuk memenuhi keperluan agensi kerajaan di setiap peringkat dan menyediakan teknologi moden untuk memastikan skala, kebolehpercayaan dan fleksibiliti berada pada tahap tertinggi,” katanya.

Zainul Ariffin berkata, penyelesaian itu akan membantu memusatkan data transaksi sekali gus menghasilkan perakaunan yang tepat bagi transaksi kewangan di semua sistem selain membantu integrasi yang lancar dan memastikan data lengkap.

“Dalam menuju ke arah negara digital, GRP 9.0 yang baharu ini akan tersedia untuk semua agensi kerajaan pada bulan depan. Platform bersepadu ini akan menyediakan penyelesaian mampan yang boleh diperluaskan, fleksibel dan boleh diselaraskan untuk melakukan pembaharuan selain bersesuaian dengan keperluan kewangan awam.

“GRP 9.0 yang baru dilancarkan ini boleh diakses menerusi peranti seperti telefon bimbit dan tablet. Pengguna kini boleh mengakses sistem tersebut di Internet menggunakan pelayar web standard dan aplikasi mudah alih khas,” ujarnya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini