Tujuh rumah musnah terbakar - Utusan Malaysia

Tujuh rumah musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Sebanyak tujuh buah rumah di Kampung Cenderamata Laut dekat sini musnah dalam satu kebakaran pagi tadi.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Sabah menerima panggilan kebakaran rumah kediaman pada pukul 9.09 pagi dan sepasukan 18 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bergegas ke tempat kejadian.

“Kebakaran melibatkan tujuh buah rumah dengan keluasan keseluruhan kebakaran satu ekar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 9.42 pagi dan operasi tamat pada jam 11.50 pagi,” katanya.

Menurut Anddre, tujuh keluarga dengan isi rumah seramai 54 orang terjejas akibat kebakaran itu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Tambahnya, operasi itu turut dibantu oleh lapan anggota Bomba Sukarela Karamunting dan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Majlis Perbandaran Sandakan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini