KUALA LUMPUR – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. ( Prolintas) mengadakan pemasangan pelekat identifikasi frekuensi radio (RFID) secara percuma di Alam Impian Welcome Centre pada hari ini.
Prolintas dalam kenyataannya memberitahu, pemasangan tersebut akan diadakan pada pukul 11 pagi hingga empat petang.
“Orang ramai terutamanya penduduk sekitar Shah Alam diharap tidak akan melepaskan peluang tersebut.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Bagaimanapun, sebelum mendapatkan pelekat RFID itu, mereka perlu memuat turun aplikasi Touch ‘n Go ewallet serta membawa dokumen seperti kad pengenalan dan salinan lesen kenderaan,” katanya dalam laman sosial itu disini hari ini. – UTUSAN ONLINE











