[VIDEO]Pelajar SMK Taman Nusa Damai mangsa terbaharu pencemaran udara - Utusan Malaysia

[VIDEO]Pelajar SMK Taman Nusa Damai mangsa terbaharu pencemaran udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Nusa Damai di sini diarahkan menangguhkan sesi persekolahan selepas beberapa pelajar menjadi mangsa baharu pencemaran udara.

Beberapa pelajar tersebut diberikan rawatan kecemasan selepas mengalami pening kepala, muntah-muntah, loya dan sakit tekak.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekolah berkenaan kira-kira pukul 10 pagi mendapati suasana kecoh dengan beberapa ambulan keluar dari sekolah terbabit dipercayai membawa pelajar yang menjadi mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut suri rumah, Arbainah Mohamed, 47, dia menerima pesanan ringkas menerusi Aplikasi WhatsApp dari pihak sekolah itu memaklumkan sesi persekolahan ditangguhkan ketika menghantar dua anaknya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Nusa Damai.

BEBERAPA pelajar SMK Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, Johor diberikan bantuan dan rawatan kecemasanm
BEBERAPA pelajar SMK Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, Johor diberikan bantuan dan rawatan kecemasanm selepas didapati muntah-muntah, loya dan pening kepala selepas dipercayai menjadi mangsa terbaharu pencemaran udara. – UTUSAN ONLINE

“Saya terima mesej daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang kira-kira pukul 11 pagi yang mengarahkan sesi persekolahan ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak, selain ibu bapa diminta mengambil anak masing-masing.

“SMK Taman Nusa Damai ini sangat berhampiran dengan SK Taman Nusa Damai, saya bergegas datang ke sekolah dengan berjalan kaki untuk mengambil anak saya, Daniel Ariff Fikri Zaquan yang berada di tingkatan tiga,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

BEBERAPA pelajar SMK Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, Johor diberikan bantuan dan rawatan kecemasanm
BEBERAPA pelajar SMK Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, Johor diberikan bantuan dan rawatan kecemasanm selepas didapati muntah-muntah, loya dan pening kepala selepas dipercayai menjadi mangsa terbaharu pencemaran udara. – UTUSAN ONLINE

Beberapa pelajar didapati mengalami gelaja yang sama iaitu muntah-muntah dan pengsan dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini