Cemas ular tedung 2.4 meter dalam tandas - Utusan Malaysia

Cemas ular tedung 2.4 meter dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS – Seekor ular tedung selar ditangkap di dalam sebuah tandas kuarters kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Merapoh di sini hari ini.

Kehadiran reptia itu disedari penduduk di kuarters berkenaan kira-kira pukul 2.30 petang yang mencetuskan sitiuasi cemas dalam kalangan mereka.

Timbalan Pengerusi Bomba Sukarela Merapoh, Ross Raman Abdul Majid berkata, ular seberat kira-kira 10 kilogram dan dianggarkan sepanjang 2.4 meter itu berada di sebalik zink dalam tandas tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiga anggota bomba sukarela bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.

“Kita mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menangkap reptilia itu dan dilepaskan di tempat selamat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini