Maritim Malaysia rampas rokok seludup bernilai RM240,000 - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia rampas rokok seludup bernilai RM240,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri ini berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk ribuan karton rokok putih menerusi jalan laut di lokasi 3.1 kilometer dari Kuala Tongkong, Tumpat, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi, sebuah bot Maritim Malaysia yang sedang membuat rondaan telah bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat hasil risikan.

Pemangku Pengarahnya, Komander Maritim Ismail Hamzah berkata, suspek yang menyedari kehadiran pihak berkuasa itu bertindak memecut bot mereka dan kemudiannya melarikan diri dengan mendarat di kawasan cetak dan meninggalkan bot.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan dalam bot itu mendapati terdapat sebanyak 40,000 kotak rokok daripada jenama yang sama.

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM240,000 dengan nilai duti kastam sebanyak RM 96,000,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di Bilik Gerakan Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali, dekat sini, hari ini.

Ismail berkata, tiada tangkapan dilakukan kerana suspek bertindak licik dan tangkas melepaskan diri.

Menurutnya, semua rokok yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut oleh pegawai penyiasat dan disiasat di bawah Akta Kastam 1967”, katanya.

Tambah beliau, rampasan ini menjadikan statistik tangkapan dan pemeriksaan Maritim Malaysia Negeri Kelantan pada tahun ini berjumlah 12 tangkapan dan 646 pemeriksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini