Muktamar Pas lulus usul pertahan kedaulatan institusi raja Melayu - Utusan Malaysia

Muktamar Pas lulus usul pertahan kedaulatan institusi raja Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Muktamar Tahunan Pas Ke-65 hati ini meluluskan usul agar Pas terus tetap berdiri mempertahan dan mengukuhkan institusi raja-raja Melayu daripada usaha-usaha tidak bertanggungjawab untuk mencemarkan kedudukannya demi kepentingan Islam dan umatnya.

Ia adalah satu daripada enam usul yang diterima tanpa bahas pada muktamar yang berlangsung di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini.

Menerusi usul politik Pas Kawasan Pulai bertajuk Mempertahankan Kedaulatan Institusi Raja-raja Melayu Agar Terus Mempertahan dan Meninggikan Agama Islam itu, kawasan berkenaan berpandangan, berdasarkan perkembangan semasa dalam negara, sudah terdapat suara-suara sumbang sama ada individu atau organisasi yang berani mempertikaikan kedudukan dan kuasa raja-raja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedudukan dan kuasa Raja-raja Melayu sepertimana termaktub dalam Perlembagaan secara jelas menyatakan Raja-raja Melayu adalah Ketua Agama Islam dan simbol perpaduan rakyat serta payung negara.

“Sewajarnya, seluruh rakyat di dalam negara ini faham dan patuh kandungan Perlembagaan tersebut agar Institusi Raja-raja Melayu tidak dihina, dipermain-mainkan, diperlekeh dan tidak dihormati oleh pihak-pihak tertentu,” katanya.

Menurut Pas kawasan berkenaan, kesan isu tersebut mengakibatkan bakal berlakunya penjejasan maruah, peranan dan kedudukan Institusi Raja-raja Melayu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini