Hanya Jemaah Menteri yang putuskan - Baru Bian - Utusan Malaysia

Hanya Jemaah Menteri yang putuskan – Baru Bian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebarang cadangan pengambilalihan mana-mana lebuh raya hanya akan diputuskan oleh Jemaah Menteri.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, keputusan itu hanya akan dibuat selepas mengambil kira hasil kajian dan syor daripada kementeriannya berhubung hala tuju tol di negara ini.

Kata beliau, laporan kajian itu akan hanya dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada bulan Julai depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini, Kementerian Kerja Raya telah melantik perunding audit bebas bertauliah pada bulan Januari lalu bagi meneliti dan mengkaji secara holistik hala tuju industri tol di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Bian, antara prinsip atau kriteria utama kajian berkenaan ialah mencadangkan opsyen-opsyen yang munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak yang berkepentingan.

Kata beliau, ia termasuk kerajaan, syarikat konsesi dan rakyat sebagai pengguna; meminimumkan beban kewangan kerajaan serta memastikan piawaian operasi dan selenggara lebuh raya sedia ada tidak terjejas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini