Sasaran 30 juta pelancong mampu dicapai - Utusan Malaysia

Sasaran 30 juta pelancong mampu dicapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sasaran 30 juta pelancong asing dengan jumlah pendapatan sebanyak RM100 bilion mampu dicapai jika seluruh rakyat berperanan sebagai duta pelancongan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, masyarakat perlu bersama kerajaan mempromosikan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2020 dengan menonjolkan keperibadian yang mulia.

“Apabila orang asing jatuh cinta dengan sifat keperibadian Timur yang kita miliki, dengan sendirinya mereka akan mencari pula seni dan warisan negara kita untuk dihayati dan dinikmati.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita harus menjadi negara contoh kepada dunia luar dengan rakyatnya memiliki tatasusila, tatalaku dan tahap intelektual yang tinggi,” katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2019 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, di Muzium Diraja, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi; Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad; Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Isham Ishak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini