Dua graduan PhD Limkokwing tekad bantu Palestin - Utusan Malaysia

Dua graduan PhD Limkokwing tekad bantu Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Dua rakyat Palestin yang merupakan graduan Universiti Limkokwing tekad kembali semula ke Gaza demi untuk menabur bakti dan sumbangan kepada tanah air tercinta.

Menurut Dr. Doaa S.I Awaja dan suaminya, Dr. Ahmed R.S Awaja, mereka boleh menetap dan berkerja di Malaysia atau negara lain jika memilih pulang ke tanah air sendiri yang bergolak akibat kezaliman rejim zionis.

Tetapi demi cintakan bumi Palestin, Doaa menegaskan beliau dan suami mahu membantu kampung halaman agar kembali pulih daripada segi pembangunan dan pendidikan serta aman seperti mana negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di Palestin semua sangat susah termasuklah hendak keluar ke negara pun sangat sukar dan apatah lagi jika kami ingin kembali semula ke sana berbanding Malaysia semuanya sangat aman walaupun rakyat berbeza agama dan bangsa.

“Kami suami isteri justeru itu, mengambil keputusan untuk pulang ke Gaza pada minggu depan dan kembali berkhidmat sebagai pensyarah di sana,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Graduasi Universiti Limkokwing 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Pada majlis itu, Doaa yang merupakan lulusan doktor falsafah (PhD) pengurusan diumumkan penerima Anugerah Canselor Kecemerlangan Akademik Universiti Limkokwing manakala suaminya juga menerima PhD bidang sama.

Lebih 1,000 graduan dari 70 negara diraikan dalam majlis itu yang turut dihadiri Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Muad’zam Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah selaku tetamu kehormat.

Kesemua sijil dan anugerah disampaikan oleh Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Dr. Lim Kok Wing.

Mereka membabitkan graduan peringkat doktor falsafah, sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma daripada pelbagai jurusan.

Pada majlis itu juga, Penasihat Kumpulan Star Media, Datuk Seri Wong Chun Wai menerima Ijazah Doktor Kehormat Kepimpinan atas jasanya kepada bidang kewartawanan dan industri surat khabar di negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini