KUANTAN – Pas Perak memberi komitmen akan wala’ terhadap sebarang keputusan pucuk kepemimpiman parti itu berhubung kerjasama dengan UMNO.
Wakilnya, Khalil Idham Lim berkata, ta’awun siyasi antara Pas dan UMNO memberi peluang yang besar untuk merampas pentadbiran kerajaan khususnya di Perak.
“Tidak keterlaluan jika saya nyatakan Perak adalah kerajaan menunggu kerajaan penyatuan ummah selepas Pilihan Raya Umum Ke-15.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Perak akan wala’ dengan segala keputusan berkaitan ta’awun ini pada masa akan datang,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











