Dilihat ramai sebagai cubaan buli - Utusan Malaysia

Dilihat ramai sebagai cubaan buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – UMNO Selangor tidak akan tunduk kepada langkah terbaharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini dipimpin Latheefa Koya, yang dilihat banyak pihak sebagai cubaan ‘membuli’ parti itu, sebaliknya akan menentang melalui saluran undang-undang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, buat masa ini UMNO Selangor belum menerima apa-apa notis saman daripada SPRM tetapi memberitahu pihaknya sudah bersedia untuk berdepan dengan tindakan terbaharu badan tersebut.

“Kita sedang meneliti dan mengkaji langkah terbaharu ini tetapi apa yang pasti UMNO Selangor akan lawan dan pertahankan hak kita,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, Latheefa mengumumkan bahawa SPRM akan memfailkan permohonan pelucuthakan sivil terhadap 41 individu dan entiti untuk mendapatkan kembali lebih RM265 juta wang yang dikatakan milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dipindahkan ke akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan selepas itu diberikan pula kepada penerima terbabit.

Latheefa berkata, daripada nilai berkenaan, sejumlah RM212 juta diberikan kepada beberapa bahagian dan cawangan UMNO.

Permohonan SPRM tersebut difailkan di bawah Seksyen 56 Akta Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini