Tiga perkara bina perpaduan - Utusan Malaysia

Tiga perkara bina perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Pas Pulau Pinang menggariskan tiga perkara utama dalam usaha memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini terus terpelihara.

MOHD. FARHAN YUSRI

Wakilnya, Mohd. Farhan Yusri berkata, perkara pertama adalah DAP tidak boleh dibenarkan memerintah di negeri dan negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini kerana DAP mereka bukan memerintah tetapi boleh dikatakan mereka ini menjajah dan perkara tersebut jelas berlaku kepada Islam dan orang Melayu di Pulau Pinang.

“Banyak isu di Pulau Pinang antaranya, isu masjid di Sungai Nibong yang melibatkan pengambilan tanah wakaf, isu Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis dan pembinaan rumah yang hanya mampu lihat dalam kalangan orang Melayu,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota di sini hari ini.

Mohd. Farhan berkata, perkara kedua yang perlu dilakukan untuk mengukuhkan perpaduan adalah memastikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dihidupkan dengan baik serta membina hubungan erat antara mulim dan bukan muslim.

“Ketiga, semoga kita kita terus istiqamah dalam menjayakan agenda Islam memimpin perpaduan,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu turut menyatakan tiga perkara yang boleh menjadi punca perpaduan kaum di negara ini boleh musnah iaitu jika sistem pendidikan tidak dikawal dengan baik.

“Kedua, jika sensitiviti agama tidak dijaga dengan baik dan ketiga sekiranya pembangunan di sebuah negara tidak dijalankan dengan sempurna,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini