KUANTAN – Seramai 10 pelajar Orang Asli berdepan detik cemas apabila bas sekolah yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di jalan utama Kampung Penderas, Kuala Krau di Temerloh dekat sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, kejadian pada pukul 4 petang itu melibatkan pelajar sesi pagi Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau dari Kampung Pian, Kuala Krau.
“Bas itu dipercayai mengalami masalah teknikal semasa mengambil selekoh di kawasan berbukit menyebabkan ia mengundur sebelum terbabas ke dalam gaung,” katanya ketika dihubungi semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











