3Lyon Prestige jalin kerjasama dengan TPCC - Utusan Malaysia

3Lyon Prestige jalin kerjasama dengan TPCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYARIKAT 3Lyon Prestige Bhd. (3Lyon Prestige) baru-baru ini menandatangani perjanjian kerjasama dengan Kelab Golf Templer Park (TPCC), Rawang, Selangor bagi mendapatkan manfaat dan kemudahan di kelab rekreasi berkenaan.

Perjanjian itu disaksikan oleh Duta 3Lyon Prestige yang juga Pengerusi TPCC, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir.

Perjanjian kerjasama itu membolehkan ahli-ahli 3Lyon Prestige menggunakan kemudahan TPCC pada harga ahli untuk makanan dan minuman serta menerima 20 peratus diskaun untuk caj permainan golf.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pegawai Eksekutif 3Lyon Prestige, S.Meena Silverajah berkata, ahli-ahli yang mendaftar dengan 3Lyon Prestige juga akan dijamin mendapat lebihan tunai dari kedai-kedai ternama.

Katanya, tawaran ini adalah salah satu cara mengurangkan kos pembelian para ahli selain merupakan tawaran paling menarik dalam pasaran.

“Sehingga kini, lebih 100 peniaga terkenal menawarkan pulangan tunai kepada para ahli 3Lyon Prestige,” katanya dalam selepas majlis perjanjian tersebut di TPCC, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah TPCC, Datuk Manibalan Kutty berkata, pihaknya menjangkakan lebih ramai yang akan mengunjungi pusat rekreasi mereka.

Beliau yakin terdapat maklum balas yang positif terhadap kerjasama yang terjalin ini.

“Saya yakin bahawa pakatan kerjasama ini merupakan satu testimoni kepada kedudukan perdana kelab sebagai peneraju kelab golf dalam negara,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini