Kedai emas Texco Rawang disamun - Utusan Malaysia

Kedai emas Texco Rawang disamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebuah kedai emas dalam sebuah pasar raya di Batu 16, Rawang dekat sini rugi kira-kira RM500,000 selepas disamun empat lelaki bersenjatakan pistol dan tukul besi petang tadi.

Ketika kejadian pada pukul 3 petang itu, terdapat kakitangan wanita bertugas di premis terbabit, selain seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas dengan bersenjatakan cota.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner, Samsor Maarof berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 3.59 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dilaporkan empat suspek memakai topi keledar bertutup muka, memakai jaket lengan panjang dan bersarung tangan dilihat memasuki premis berkenaan.

“Suspek memecahkan cermin pameran di premis tersebut sebelum melarikan barang kemas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut Samsor memberitahu, kejadian itu menyebabkan kedai emas terbabit mengalami kerugian ratusan ribuan ringgit.

“Siasatan lanjut berhubung kes sedang dijalankan termasuk mengenal pasti identiti suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata,” Ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini