KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bakal melaksanakan Sistem Jalan Sehala di beberapa kawasan pentadbirannya bermula 15 Julai ini.
MBPJ menerusi laman Facebook rasmi miliknya memberitahu, kawasan yang terlibat dengan pelaksanaan itu adalah Jalan 5/46, Jalan 5/46A dan Jalan 5/58.
“Oleh itu, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi Bahagian Lalulintas Jabatan Kejuruteraan kami di talian 03-79584221,” katanya di laman sosial itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











