DHPP mahu tukar nama - Utusan Malaysia

DHPP mahu tukar nama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Setelah sembilan tahun ditubuhkan sejak 2010 dengan nama Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), pimpinan dan perwakilan DHPP mahu nama dewan itu ditukar.

Ketua DHPP, N. Balasubramaniam berkata, setelah mengadakan perbincangan bersama, DHPP mahu nama dewan penyokong Pas itu ditukar ke Dewan Himpunan Pas Pusat.

“Ini kerana sejak ditubuhkan pada 2010, kami bukan sahaja menjadi penyokong tetapi kami tetap setia menyokong Pas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa diharapkan, Presiden Pas dapat memberikan pandangan yang baik dalam perkara ini,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Nasional DHPP 2019 di Hotel Sri Manja di sini hari ini.

Konvensyen kali kedua itu dirasmikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini