Hasan Malek serah kepada peguam - Utusan Malaysia

Hasan Malek serah kepada peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan susulan terhadap permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapatkan semula wang yang mengalir keluar dari salah guna kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, beliau sedar namanya ada dalam senarai 41 individu dan entiti yang menjadi responden dalam permohonan dikemukakan oleh SPRM kepada mahkamah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

“Memandangkan kes ini telah dikemukakan kepada mahkamah, maka saya tidak akan memberikan apa-apa komen kepada umum.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya serahkan kepada peguam untuk mengambil tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hasan mengulas kenyataan SPRM yang berjaya memfailkan permohonan melucut hak di bawah Seksyen 56 AMLA 2001 terhadap pelbagai pihak bagi tujuan mendapatkan semula wang 1MDB berjumlah RM270 juta yang disalah guna.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dilaporkan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti seramai 41 individu dan entiti yang menjadi responden terhadap kes itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini