Dr. Ahmad Samsuri muka baharu Naib Presiden Pas - Utusan Malaysia

Dr. Ahmad Samsuri muka baharu Naib Presiden Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 21 Jun – Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar muncul sebagai muka baharu dalam barisan Naib Presiden Pas setelah memenangi jawatan itu tanpa bertanding sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-65 di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini.

Kemenangan itu berikutan keputusan calon seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar A. Samad yang menolak tawaran daripada mempertahankan jawatan berkenaan pada sesi 2019-2021 selepas dua penggal memegang jawatan berkenaan.

Dua lagi Naib Presiden Pas iaitu Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengekalkan jawatan masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Dr. Mohd. Fuad Mohd. Salleh pada sesi taklimat pemilihan jawatankuasa Pas bagi sesi 2019-2021 si muktamar berkenaan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini