7 syarikat telekomunikasi tawar pakej khas OKU - Utusan Malaysia

7 syarikat telekomunikasi tawar pakej khas OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Sebanyak tujuh syarikat telekomunikasi utama di negara ini menawarkan pakej khas khusus untuk golongan orang kurang upaya (OKU) yang merangkumi diskaun antara RM10 hingga RM15 untuk perkhidmatan mudah alih dan RM10 hingga RM44 untuk perkhidmatan talian tetap.

Tujuh syarikat terlibat adalah Celcom, Digi, Maxis, TM, TimedotCom, YTL dan U Mobile.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-lshsal Ishak memaklumkan, untuk menikmati pakej-pakej khas tersebut, mereka perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti kad pengenalan dan kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Manakala bagi keluarga mempunyai anak OKU pula, mereka juga layak menerima kemudahan berkenaan dengan perlu mengemukakan bukti bahawa mereka adalah penjaga.

“Proses pendaftaran untuk pakej khas ini hanya boleh dilakukan di cawangan-cawangan penyedia perkhidmatan dan tiada penalti dikenakan untuk beralih daripada kontrak sedia ada ke pakej khas ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Al-Ishsal lagi, pihaknya menyambut baik pengumuman Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengenai pelaksanaan inisiatif tersebut dan menyifatkan tepat pada masa masanya bagi membolehkan golongan OKU menikmati manfaat kelebihan ekonomi digital.

Katanya, di samping itu inisiatif murni kerajaan berkenaan diharapkan dapat membantu dan menggalakkan penggunaan internet oleh golongan terbabit di dalam meningkatkan serta mengembangkan perniagaan mereka.

“SKMM selain itu kami menegaskan akan memantau pelaksanaan pakej-pakej khas ini oleh syarikat-syarikat telekomunikasi bagi memastikannya benar-benar dinikmati oleh golongan OKU,” katanya. S- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini