Lelaki AS makan daging mentah selama 10 tahun - Utusan Malaysia

Lelaki AS makan daging mentah selama 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEXINGTON, Kentucky – Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) yang hanya memakan daging mentah sejak 10 tahun lalu mendakwa bahawa diet tersebut berupaya menyihatkan tubuh badannya, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Derek Nance berkata, dia bukan sahaja memakan daging mentah tetapi juga meratah organ haiwan seperti limpa, hati dan testikal haiwan ternakan.

Menurut lelaki berusia 35 tahun itu, bahagian haiwan yang tidak dimakannya cuma kuku dan tanduk.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia yang mengamalkan diet tersebut kira-kira 10 tahun lalu turut memberi empat orang anaknya makan daging mentah. Namun, pasangan hidupnya, Joanne Prosser tidak mengikuti tabiat pelik tersebut.

Bagaimanapun, perkara paling aneh dalam diet Nance ialah lelaki tersebut gemar memakan daging busuk yang dinamakannya sebagai ‘daging khayal.’

Daging busuk, kata Nance, mempunyai bakteria tertentu yang memberikan kesan seakan-akan khayal kepada mereka yang memakannya.

“Daging reput adalah sebahagian daripada diet semula jadi melibatkan hampir semua haiwan pemangsa di planet ini. Terdapat banyak haiwan yang anda lihat merupakan pemangsa,” katanya.

Dia turut memakan ulat berenga yang terdapat pada daging busuk.

Nance akan memandu ke sebuah ladang organik tempatan pada setiap bulan untuk memilih haiwan ternakan yang akan disembelihnya sendiri.

“Daging biri-biri dewasa yang beratnya kira-kira 79.3 kilogram dapat memberikan bekalan daging selama sebulan,” katanya. – Agensi

NANCE makan daging mentah pada setiap hari sejak 10 tahun lalu.

organ dalaman pelbagai jenis haiwan ternakan disimpan Nance di dalam peti sejuk beku di rumahnya.

TIGA anggota keselamatan membantu Nan yang terbaring di tanah selepas jatuh dari sebuah cenuram di Taman Negara Pha Taem, Ubon Ratchathani baru-baru ini.

SUAMI wanita tersebut, Xiaodong (tengah) ditahan polis bagi membantu siasatan.

XIAODONG (kiri) menemani isterinya yang menerima rawatan di Hospital Sapphasitthiprasong, daerah Muang akibat kecederaan parah.

PIHAK berkuasa masih membuat penilaian sama ada akan meruntuhkan rumah ini kerana faktor keselamatan.

SEbuah rumah milik pasangan suami isteri di Norfolk dilaporkan condong dalam masa satu malam sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini