Adly, Idris dipelawa berdebat isu rumah rakyat - Utusan Malaysia

Adly, Idris dipelawa berdebat isu rumah rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Pergerakan Pemuda UMNO Jasin mempelawa Ketua Menteri, Adly Zahari menyertai debat terbuka bersama Ketua Pembangkang yang juga bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berhubung beberapa isu termasuk rumah rakyat yang hangat dibincangkan dalam laman sosial sejak kebelakangan ini.

Ketuanya, Dr. Akmal Saleh berkata, cadangan itu sudah dikemukakan beliau kepada kedua-dua pemimpin tersebut beberapa hari lalu.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, sehingga kini, hanya Idris yang sudah memberi jawapan dan bersetuju untuk bermuzakarah atau berdebat dengan Adly.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mencadangkan supaya diwujudkan sesi perbahasan terbuka antara Adly dan Idris mengenai polisi serta agenda yang sudah dan akan dibawa oleh kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) supaya rakyat Melaka dapat menilai sendiri pimpinan mana yang lebih menguntungkan rakyat.

“Saya percaya sesi debat ini akan dipenuhi dengan ilmu dan maklumat, seterusnya memberi kebaikan kepada rakyat Melaka khususnya untuk mereka menilai kepemimpinan kedua-dua tokoh ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini