Persidangan bincang kebimbangan ekonomi digital - Pikom - Utusan Malaysia

Persidangan bincang kebimbangan ekonomi digital – Pikom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lebih 300 eksekutif keselamatan maklumat daripada sektor swasta dan kerajaan menghadiri Persidangan Masa Depan Keselamatan Siber yang diadakan bagi membincangkan mengenai kebimbangan ekonomi digital.

Persidangan anjuran Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (Pikom) itu mengutarakan pelbagai topik seperti gangguan dalam inovasi, revolusi 5G, trend moden dalam menangani ancaman siber dan keselamatan perniagaan.

Pengerusi Eksekutifnya, Ganesh Kumar Bangah berkata, persidagan yang menampilkan para penceramah terkemuka tempatan dan luar negara itu juga membincangkan beberapa teknik utama yang digunakan oleh penggodam seperti IP spoofing, SSDP dan Memcashed.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh kerana Pikom mewakili industri teknologi negara adalah wajar bagi kami untuk memainkan peranan aktif dalam menangani cabaran serta peluang berkaitan dengan keselamatan siber,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Persidangan sehari itu dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, Datuk Dr. Amirudin Abdul Wahab. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini