Qatar sumbang RM25 juta kepada 60,000 keluarga miskin Gaza - Utusan Malaysia

Qatar sumbang RM25 juta kepada 60,000 keluarga miskin Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY 20 Jun – Sebanyak 60,000 keluarga miskin Palestin di Genting Gaza akan menerima bantuan kemanusiaan Qatar sebanyak AS$100 (RM417) pada setiap bulan.

Lapor Middle East Monitor, Duta Qatar ke Gaza, Mohammed al-Amadi berkata, bantuan yang secara keseluruhannya melibatkan peruntukan sebanyak AS$6 juta (RM25 juta) akan berlanjutan selama enam bulan dan pembayaran pertama dibuat hari ini.

Katanya, sebanyak AS$4 juta (RM16.6 juta) lagi dana diperuntukkan untuk projek ekonomi di Gaza.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahnya, senarai keluarga yang layak akan disiarkan Kementerian Hal Ehwal Sosial Gaza dan penerima yang layak boleh membuat tuntutan di pejabat pos. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini