Orang Asli di Terengganu masuk hospital meningkat kepada 12 kes - Utusan Malaysia

Orang Asli di Terengganu masuk hospital meningkat kepada 12 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Dua lagi mangsa terbaharu kejadian kluster jangkitan saluran pernafasan kalangan Orang Asli dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu hari ini, menjadikan kesemua mangsa di negeri ini mencecah 12 orang.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Mohd. Jusoh berkata, dua mangsa terbaharu itu adalah seorang wanita berusia 32 tahun dan seorang lelaki berumur 22 tahun.

Bercakap dalam satu kenyataannya hari ini, beliau memberitahu, kedua-dua mereka berasal dari Kuala Koh di Gua Musang, Kelantan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelasnya wanita Orang Asli itu telah diperiksa oleh pasukan kesihatan daerah sebelum dirujuk kepada Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut.

Katanya, manakala mangsa lelaki berusia 22 tahun itu pula ditahan untuk rawatan di wad hospital yang sama selepas datang sendiri ke hospital berkenaan untuk rawatan. Kedua-dua mereka dalam keadaan stabil.

Katanya, beberapa langkah kawalan dan pencegahan dilakukan antaranya pemantauan secara harian oleh kakitangan pasukan perubatan Klinik Kesihatan Tengkawang dan pasukan kesihatan Pusat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu bagi

mengesan kes baru.

Begitu juga pendidikan kesihatan terhadap jangkitan measles dan kebersihan diri, etika batuk dan kepentingan mendapatkan rawatan awal di klinik kesihatan berdekatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini