Inisiatif keusahawanan sasar penyertaan pelajar - Utusan Malaysia

Inisiatif keusahawanan sasar penyertaan pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Golongan muda yang berminat menjadi usahawan dipelawa menyertai satu kempen untuk mereka meneroka peluang perniagaan yang diberi nama ‘100 Series Live Pitching 2019’ yang berusaha untuk memberi khidmat kepada golongan belia yang berminat menceburi bidang keusahawanan.

Ketua Pegawai Eksekutif Brand 21 Organisation, Alvin Soh berkata, inisiatif itu bertujuan mempromosikan pembangunan landskap keusahawanan dalam kalangan pelajar dan golongan belia di Malaysia.

“Pada zaman sekarang, golongan belia mempunyai banyak idea-idea kreatif dan sesetengah idea inovatif mereka itu boleh dikomersialkan sekali gus merubah dan memajukan lagi keseluruhan landskap perniagaan,” katanya kepada Bernama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kempen 100 Series Live Pitching 2019 yang dijadualkan dilancarkan pada 7 September menyasarkan penyertaan usahawan yang berminat terutama dalam kalangan pelajar universiti awam dan swasta.

Soh berkata, terdapat keperluan untuk menghubungkan golongan belia dengan dunia korporat perniagaan untuk membina satu ruang di mana idea-idea bertukar menjadi realiti.

“Tiada apa yang lebih menggembirakan kami daripada dapat menyediakan platform untuk mereka (golongan belia) dan menyokong pemain industri mempromosi dan membangunkan budaya keusahawanan dalam kalangan orang muda,” katanya.

Sebanyak 15 idea inovatif terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah semasa yang dihadapi industri akan diserlahkan pada majlis makan malam 100 Series Summit & Gala Dinner yang dijadualkan diadakan pada November.

Para peserta akhir berpeluang memenangi alat perniagaan dan kemudahan lain untuk membantu mereka memulakan perniagaan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini