Polis rakam percakapan 10 saksi kes dera warga emas - Utusan Malaysia

Polis rakam percakapan 10 saksi kes dera warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seramai 10 saksi telah dipanggil bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penderaan yang berlaku keatas penghuni sebuah rumah jagaan warga emas di Taman Seremban 3 di sini sejak lebih dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, polis turut menerima sebanyak tujuh aduan berkaitan isu tidak puas hati terhadap pihak pengurusan premis pusat jagaan tersebut.

“Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 351 / 352 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hock Poh berkata, siasatan kes itu bermula selepas polis menerima aduan daripada seorang wanita berusia 34 tahun kelmarin.

Menurut beliau, wanita itu mendakwa menerima pesanan WhatsApp daripada bekas pekerja pusat jagaan itu yang menyatakan berlaku kes penderaan ke atas penghuni premis tersebut.

“Laporan polis yang dibuat oleh pengadu juga adalah rentetan daripada sebuah rakaman video yang tular di media sosial mengenai kelakuan seorang wanita di premis tersebut sedang membuli seorang wanita warga emas yang disyaki berlaku di premis tersebut,” katanya.

Semalam, media melaporkan sebuah pusat jagaan warga emas di sini didakwa mengabaikan penghuninya dan mendera warga emas yang menetap di situ berdasarkan maklumat yang tular di media sosial.

Seramai empat bekas pekerja pusat jagaan warga emas itu tampil mengadakan sidang media di sini petang semalam dan membuat dakwaan serupa.

Pemilik pusat jagaan tersebut, Azrin Shala, 49, ketika ditemui pemberita di Taman Seremban 3 semalam bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini