Malaysia hantar ‘penyiasat’ ke Filipina - Utusan Malaysia

Malaysia hantar ‘penyiasat’ ke Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kontinjen Malaysia akan menghantar satu pasukan ‘penyiasat’ ke Filipina awal bulan depan khusus untuk mencari jawapan terhadap masalah yang timbul.

Pasukan yang akan diketuai ketua pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail itu antara lain akan memberi tumpuan kepada persiapan misteri Filipina selain penyediaan makanan halal untuk atlet negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua kontinjen negara ke Sukan SEA 2019, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din ketika mengesahkannya berkata, ini bagi mendapat maklumat terkini bagi meleraikan sebarang kemusykilan yang banyak didengar sebelum ini.

“Memang macam-macam cerita (negatif) yang kita dengar. Jadi untuk mengelak persepsi yang tidak elok, kita hantar satu pasukan ke Filipina dari 1 hingga 5 Julai ini untuk meninjau masalah persiapan yang ditimbulkan termasuk soal makanan halal.

“Dari situ, maklumat yang kita dapat itu nanti akan saya bawa pula ke mesyuarat ketua-ketua kontinjen kali kedua yang dijadual berlangsung dari 10 hingg 13 Julai ini,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini