MSU disenaraikan dalam ranking universiti dunia - Utusan Malaysia

MSU disenaraikan dalam ranking universiti dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Buat pertama kali, Ma­nagement & Science University (MSU) disenaraikan dalam penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2020, sekali gus menempatkan universiti itu pada ranking antara ke-541 dan ke-550 dalam kalangan 1,000 universiti di seluruh dunia.

MSU menerusi kenyataan memaklumkan, berdasarkan QS yang berpangkalan di United Kingdom, MSU berada dalam kelompok 51 peratus universiti terbaik dunia bagi edisi 2020.

Jelas kenyataan itu, penilaian QS World University Rankings 2020 diukur menggunakan enam indikator iaitu 40 peratus untuk reputasi akademik, reputasi majikan (10 peratus), nisbah pelajar kepada fakulti (20 peratus), rujukan untuk setiap fakulti (20 peratus), nisbah fakulti antarabangsa (lima peratus) dan nisbah pelajar antarabangsa sebanyak lima peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daripada indikator berkenaan, MSU disenaraikan pada ranking ke-314 bagi nisbah pelajar kepada fakulti, ranking ke-333 untuk nisbah pelajar antarabangsa, ranking ke-334 (nisbah fakulti antarabangsa) dan ranking ke-399 untuk reputasi majikan.

“Ini juga adalah kesinambungan kepada pencapaian cemerlang MSU sepanjang hampir empat dekad lalu termasuk berada pada ranking ke-271 menerusi QS Asia Ranking 2019, antara dua peratus universiti terbaik Asia dalam kalangan 11,900 universiti di rantau tersebut.

“Manakala menerusi QS World Rating System 2019, MSU mendapat penarafan lima bintang bagi pengajaran, kebolehpasaran, kemudahan, tanggungjawab sosial dan inklusif,” jelas kenyataan itu, hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, bertemakan ‘Transforming Lives, Enriching Future’, pencapaian membanggakan itu merupakan pengiktirafan terhadap peranan dan usaha MSU dalam membangunkan serta memperkasakan kualiti pendidikan modal insan di peringkat negara dan antarabangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini