Kes dadah: Anak Menteri Pertahanan telah dituduh - Utusan Malaysia

Kes dadah: Anak Menteri Pertahanan telah dituduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ahmad Saiful Islam, anak kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 telah dituduh di mahkamah pada 13 Jun lalu dan diberi ikat jamin berjumlah RM3,000.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, tertuduh kini sedang menunggu untuk dibicarakan.

“Tertuduh kini sedang menunggu untuk dibicarakan di Mahkamah Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak pendakwa raya sudah menuduhnya pada 13 Jun lalu dan diberi ikat jamin sebanyak RM3,000.

“Tertuduh sedang menunggu untuk dibicarakan di Mahkamah Kuala Lumpur,” katanya ketika sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Pada 5 Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan anak lelaki seorang menteri ditahan polis kerana disyaki positif dadah jenis ganja ketika berada di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, di sini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Politik Mohamad, Azhar Che Mat Dali yang memberitahu Ahli Parlimen Kota Raja itu juga mahu kes membabitkan anaknya berusia 31 tahun itu diadili mengikut lunas undang-undang yang sah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini