Wanita jadi keldai dadah angkara lelaki Nigeria - Utusan Malaysia

Wanita jadi keldai dadah angkara lelaki Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perkenalan melalui aplikasi Tik Tok akhirnya menjerat seorang wanita hingga menjadi keldai selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun pada 28 Mei lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, wanita berusia 23 tahun itu ditahan selepas didapati membawa 2 kilogram dadah jenis Syabu.

“Mangsa berkenalan dahulu dengan seorang lelaki Nigeria sebelum jatuh cinta dengan janji-janji lelaki tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Wanita itu juga diberi tiket dan penginapan percuma di Jepun sebelum terperangkap menjadi keldai dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Menurut Kamarulzaman, wanita tersebut masih ditahan dan pihaknya sedang berhubung dengan pihak berkuasa di sana berkaitan kes tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini