Saddiq sokong Adli - Utusan Malaysia

Saddiq sokong Adli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Petinju negara, Adli Hafidz Mohd. Pauzi menerima suntikan semangat apabila kejayaannya merangkul tali pinggang Majlis Tinju Asia (WBC) kategori super middleweight dalam Kejohanan Tinju Profesional Antarabangsa WBC Championship mendapat perhatian daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

PETINJU negara, Adli mengadakan pertemuan bersama Syed Saddiq di pejabat beliau dekat Putrajaya.

Adli yang berkhidmat sebagai penjawat awam berkata dia baharu sahaja mengadakan pertemuan bersama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi membincangkan masa depannya dalam sukan tinju.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mengadakan perjumpaan bersama YB Syed Saddiq bagi membincangkan tentang perjalanan karier sukan tinju profesional serta memperhalusi bentuk bantuan yang akan diberikan oleh KBS.

“Saya berharap dengan sokongan yang diberikan KBS dapat merealisasikan impian saya untuk beraksi di Amerika Syarikat pada 2020,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Adli berjaya memenangi kejohanan tersebut selepas menewaskan Bambang Rusiadi dari Indonesia dalam pusingan kelima menerusi kiraan ‘technical knockout’(TKO), sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini