30 peratus nilai kontrak dijangka diiktiraf - Utusan Malaysia

30 peratus nilai kontrak dijangka diiktiraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI KEMBANGAN – Alam Maritim Resources Bhd. (AMRB) menjangkakan sebanyak 30 peratus daripada nilai perolehan kontraknya yang berjumlah RM990 juta akan diiktiraf dalam tahun kewangan semasa kumpulan yang berakhir pada 31 Disember 2019.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Azmi Ahmad berkata, nilai perolehan kontrak itu terdiri daripada beberapa kontrak iaitu perkhidmatan dasar laut berjumlah RM500 juta, pemasangan dan pembinaan luar pantai (OIC) (RM250 juta) dan kapal sokongan luar pantai (OSV) (RM240 juta).

Katanya, kontrak tersebut akan menjadikan jadual syarikat itu penuh antara tempoh dua hingga lima tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ciri-ciri kontrak yang diperoleh adalah petunjuk jelas peralihan tumpuan perniagaan syarikat itu daripada hanya sebagai penyedia OSV semata-mata kepada penyedia perkhidmatan marin bersepadu dengan memanfaatkan kepakarannya dalam OIC dan perkhidmatan dasar laut.

“Strategi kumpulan adalah konsisten dengan prospek aktiviti jangka sederhana syarikat minyak utama yang menunjukkan peluang amat besar bagi kepakaran OIC dan dasar laut memandangkan Malaysia memiliki banyak aset luar pantai, malahan sebahagiannya dengan operasi melebihi 35 tahun yang mana banyak yang telah mencecah fasa penghujung hayat mereka,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan AMRB di sini hari ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini