Video intim: Rakyat usah fikir isu di luar kawalan - Utusan Malaysia

Video intim: Rakyat usah fikir isu di luar kawalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Rakyat tidak perlu memikirkan isu video intim mirip seorang menteri kerana ia perkara yang di luar kawalan mereka untuk menentukan kesahihan rakaman video tersebut.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, apatah lagi perkara itu kini sedang dalam siasatan pihak polis maka semua pihak perlu memberikan kerjasama.

Beliau yang juga Menteri Besar yakin polis akan menyiasat sedalam-dalamnya perkara itu dan sudah tentu akan memaklumkan jika ada keputusan daripada siasatan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakyat perlu fokus pada kerja masing-masing untuk membangunkan negeri tanpa perlu fikirkan perkara itu (video intim) yang di luar kawalan kita.

“Kita tak boleh buat apa-apa pun, polis tengah siasat, jadi tak payah nak bincang di warung-warung, kedai kopi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Peruntukan Kepada Sekolah-Sekolah Separuh Bantuan Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan, Howard Lee Chuan How menyokong pendirian Ahmad Faizal dalam isu video mirip seorang menteri yang tular dalam laman sosial.

“Kita kena fokus bukan sahaja pada kerja kita tapi kena fokus pada perpaduan rakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini