Tiada rancangan pindah Orang Asli - Utusan Malaysia

Tiada rancangan pindah Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang hasrat atau perbincangan untuk memindahkan masyarakat Orang Asli Kuala Koh ke penempatan baharu.

Tegas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Prof. Dr. Juli Edo, pemindahan masyarakat Orang Asli itu tidak pernah dibangkitkan sama ada melalui media atau dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat peringkat jabatan.

Kata beliau, memindahkan mereka ke lokasi baharu bukan jalan penyelesaian terbaik, sebaliknya perancangan rapi merentas agensi perlu dirancang bagi merealisasikan pembangunan yang holistik, bersepadu dan lestari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam menangani kes ini, Jakoa telah membuat keputusan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Jabatan Kesihatan Negeri dan Daerah Kelantan supaya masyarakat Orang Asli suku Kaum Bateq diberikan suntikan imunisasi yang lengkap.

“Suntikan yang diberikan ketika masih bayi dan kanak-kanak itu dapat mencegah masyarakat Orang Asli daripada penyakit berjangkit seperti yang melanda mereka sekarang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, laporan portal Malaymail Online melaporkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dalam kenyataan berkata, Jakoa merancang memindahkan masyarakat Orang Asli Kuala Koh ke penempatan baharu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini